Wednesday, July 15, 2009

Zihar

salam~
haa..da lame nak ckp pasal topik nie sbnar nye..tp x berkesempatan..
rakan2..taw x ape itu zihar? ke da lupe..time sekolah2 dlu ustazah ajar..
hee..saje jeh, nak refresh balik~

secara ringkas:

RUKUN ZIHAR

Suami
Isteri
Perkara yg diserupakan
Lafaz zihar

PERINCIAN

Rukun Pertama : Tidak disertakan krn meyakini ianya jelas
Rukun Kedua : Tidak disertakan krn menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga : (Perkara yug diserupakan)

Utk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami :

Syarat yg disepakati oleh jumhur ulama’ :-

Anggota2 yg haram dilihat oleh sesama mahram. Cth punggung, perut, kemaluan disekitarnya dan yg seumpama dgnnya. Penyamaan dgn tangan, kepala, kaki, rambut, dll . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali & Maliki mensabitkan seluruh anggota samada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173)

Pandangan yg rajih adalah pandangan jumhur.

Mestilah anggota2 ini dr wanita yg diharamkan berkahwin dgn si lelaki samada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Spt Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dll yg berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dlm 'qawl qadim’ : Tidak jatuh zihar terhdp semua wanita kecuali ibu dan nenek shj… krn ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas utk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dgn mengatakan jatuh zihar krn wanita yg diharamakan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)

Manakala yg tidak muabbad spt wanita asing, adik beradik perempuan bg isteri dll. Tidaklah penyerupaan dgn mrk dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500 ; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439 ; Ashal al-Madarik 2/169 ; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bhw binatang juga termasuk dlm kategori yg tidak boleh disamakan. Krn asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dgn binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dgn rambut ibu dll. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

Syarat yg diperselisihkan :-
* Mestilah diserupakan dgn anggota wanita.

Kiranya ditasybihkan dgn lelaki spt “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi & Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

Bgmnpun Ulama’ Hanbali & Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DGN SYARAT MENYAMAKAN DGN SBRG ANGGOTA YG TIDAK HALAL DILIHAT SPT PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dll yg seerti. Kiranya menyamakan dgn kepala bapa, rambut, hidung dll, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170 ; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499 ). Semua mazhab mempunyai dalil masing2.

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pd bhg haram dilihat tadi, ia bergantung kpd niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat : Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz utk utk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kpd niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas)

Sighah Sorihah (terang, jelas) spt : “ Punggung Dinda benar2 seperti punggung bonda Kanda” .

Lafaz spt di atas tidak perlu kpd niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafz2 yg boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak spt :” Dinda ni seperti bondaku” . Lafaz spt ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dll. Maka ia bergantung kdp niat si suami.

Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yg dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

b. Tidak disyaratkan utk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yg memberi pengertian semasa.

Zihar jatuh dgn lafaz yg membawa pengertain semasa spt : “Punggung Dinda benar2 seperti punggung bonda Kanda”

Juga jatuh kiranya diikat dgn waktu tertentu spt : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan dtg spt : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dlm masa sebulan” .

Semua lafaz tadi cukup utk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117 ; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )

c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bhg yg diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )

HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR

Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :

Haram menyetubuhi isterinya (yg diziharkan) kecuali stlh dibayar kifarat. Ini adlh pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adlh membebaskan sorg hamba, puasa atau memberikan sedeqah. Dalilnya adlh dr Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

Manakala istimta’ (bersedap2, berseronok2), sentuh dgn syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132 ; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270 ; Fath al-Jawad 2/187 ; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)

Pandangan yg rajih adalah tidak dibenarkan dgn tahrim wasail , krn dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangn lebih selamat bg fatwa utk org awam. Kiranya sanagt yakin tidak akan tergelincir & tidak dpt menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

Kesimpulan Jawapan Terhdp Soalan (Mengambil Pandangan yg Rajih)
Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dgn ibu, nenek, anak dan semua wanita yg diharamkan suami berkahwin dgnnya secara kekal samada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

Penyamaan anggota tertentu shj yg menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yg haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dgn anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dgn mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dgn wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rups dsbgnya.

Istimta’ dgn isteri yg telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dgn tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DGN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BGMNPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DGN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walapun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yg lain yg agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhdp kejahilan. Menjadi kewajipan suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yg berkaitan dgn hubungan suami isteri.

Wallahu a’lam.

Ihsan dari:

Al-Faqir Ila Allah,
Zaharuddin Abd Rahman
Jab. Fiqh & Usul Fiqh
Jordan

p/s : so, mari lah kite saling ingt mengingat kan..bukan pade yg da kawen jeh, nie kire tmbah ilmu d dada la..

2 comments:

PurPlez said...

yaya.
bagus2
p/s: tp kurang paham gk senanya.
hee
anyway, info keseluruhan dpt.
hehe

peLangi said...

to pepel~
hurmm..saje jeh post pasal isu nie, untuk info tambahan~